Edisi Rabu, 25 Desember 2019 M / 28 Rabi'ul Akhir 1441 H
Kita dilahirkan ke dunia ini, pasti ada tujuannya. Diringkaskan, tujuan kita hidup adalah untuk menjadi khalifah di bumi dan juga untuk menghadapi mati. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menempuhi mati? Didalam Islam, ada dijelaskan cara kematian atau pengakhiran yang baik. Tetapi ambillah ilmu ini sebagai pedoman dan jangan jadikan dasar anda untuk menghukum siapa saja.
Setiap manusia di dunia ini telah di tetapkan oleh Allah akan tempo masa hidupnya. Manusia dihidupkan semuanya akan menempuhi kematian. Hal ini telah di jelaskan dalam Firman Allah Subhanahu WaTa'ala :
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ.
Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (Q.S an-Nisa: 78).
Akan tetapi, Allah tidak memberitahukan 3 perkara kematian kepada hambanya :
Kapan kematian kita.
Di mana kematian kita.
Bagaimana kematian kita.
Ada yang meninggal ketika masih kanak- kanak, ada yang meninggal ketika remaja, ada yang meninggal ketika usia tua. Semuanya berada di tangan Allah Subhanahu WaTa'ala. Namun secara rata-ratanya, umur umat nabi Muhammad berkisar antara 60-70 tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam :
ان اعمار امتي ما بين ستين و سبعين.
Sesungguhnya umur umatku di antara 60 sampai 70 tahun (HR. Ahmad).
Dalil di atas menunjukkan bahwa kita wajib bersiap sedia untuk menyambut datangnya kematian pada waktu kapan saja, hal ini bertujuan agar ketika kematian datang, kita mendapatkan cara meninggal yang baik.
Adapun tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan yang baik di antaranya adalah:
1. Sempat Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah
Orang yang meninggal dunia dalam keadaan sempat mengucap dua kalimah syahadat, akan dimasukkan ke dalam syurga Allah (HR Ahmad).
2. Keluar Keringat di Dahi
Orang yang beriman ketika tengah sakaratul maut, apabila melihat keringat di dahinya, menunjukkan bahwa dia tengah bertarung dengan rohnya yang akan keluar dari badan. Namun rasa sakit bagi orang yang beriman tersebut akan diganti oleh Allah setelah dia meninggalkan dunia.
3. Mati Pada Malam atau Siang Hari Jumaat
Barang siapa yang meninggal dunia pada siang hari dan malam Jumaat, melainkan Allah akan memeliharanya dari fitnah kubur (H.R Ahmad & Tarmidzi).
4. Mati Dalam Peperangan Membela Agama Allah
Orang yang meninggal dunia dalam keadaan mati Syahid, akan dijanjikan balasan dengan syurga Allah Subhanahu WaTa'ala. Kerena berjuang menegakkan kebenaran.
5. Orang Yang Mati Akibat Peperangan Fisabilillah
Barangsiapa yang terluka dalam medan peperangan kemudian dia meninggal dunia, maka dinyatakan sebagai mati syahid (HR Abu Daud, Hakim & Baihaqi).
6. Orang yang Mati Akibat Wabah Ta’un
Sesungguhnya taun adalah azab Allah yang dikirimkan kepada siapa yang dikehendakinya, dan rahmat bagi orang yang beriman. Dan matinya dinyatakan sebagai mati syahid (HR Bukhari).
7. Orang Yang Mati dalam Keadaan Sakit Perut
Barang siapa yang mati dalam keadaan sakit perut (dalam keadaan dia ridha dan sabar), maka matinya dinyatakan sebagai mati syahid (HR Muslim).
8. Orang Yang Mati tertimpa Benda Keras Atau Mati Lemas
Barangsiapa yang mati kerana tertimpa benda keras atau tertimpa bangunan serta mati lemas (tenggelam), maka dinyatakan sebagai mati yang husnul khatimah (H.R Bukhari).
9. Orang Yang Mati Kerena Melahirkan
Seorang wanita yang mengandung dan melahirkan bayi kemudian dia meninggal, maka dinyatakan sebagai mati syahid, di akhirat kelak akan di bawa oleh anaknya masuk ke dalam syurga (H.R Ahmad & Dailamy).
10. Mati Terbakar
Orang yang meninggal dalam keadaan terbakar, maka dinyatakan sebagai mati syahid. (H.R Abu Daud & Nasai).
11. Wanita Yang Meninggal Dalam Keadaan Nifas
Nifas adalah darah yang keluar selepas melahirkan bayi. Dan wanita yang meninggal dunia dalam keadaan nifas, ia mendapat mati syahid (H.R at Tabrani).
12. Orang Yang Meninggal Kerena Penyakit TB
Penyakit TB adalah salah satu penyakit kronik yang amat sukar untuk diobati. Barang siapa yang meninggal dunia kerana TB, dianggap sebagai mati syahid (H.R at-Tabrani).
13. Mati kerana Mempertahankan Harta
Barang siapa yang mati kerena membela harta bendanya, maka matinya adalah syahid (H.R Bukhari & Muslim).
14. Mati Kerana Membela Diri
Barang siapa yang terbunuh kerena mempertahankan diri, maka matinya adalah mati syahid. (H.R Ahmad & Nasa’i).
15. Orang Yang Mati Dalam Keadaan Bersiap Sedia Untuk Berperang
Setiap amalan manusia akan terputus melainkan orang yang bersiap sedia untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dibangkitkan sebagai orang yang mati syahid (H.R Muslim, Nasa’i, Abu Daud & Tarmidzi).
16. Mati ketika Sedang Beramal Sholeh
Barang siapa yang sedang membaca kalimah tayyibah & mati dalam keadaan berpuasa untuk mencari Ridha Allah, maka ia akan masuk ke dalam syurga (H.R Ahmad).
17. Mati Dalam Berdakwah & Mengislamkan Orang
Barang siapa yang Berdakwah dan mengislamkan orang dengan mengajak kebaikan, maka pasti dia akan masuk ke dalam syurga (H.R at-Tabrani).
Wahai saudaraku sekalian berusahalah kita untuk menjadi insan yang di wafatkan Allah dengan cara yang Husnul Khatimah (baik di penghujung), dengan bekal Iman, Amal Ibadah, Ilmu Pengetahuan serta akhlak yang mulia, Mudah-mudahan Allah akan mematikan kita dengan cara yang Husnul Khatimah, serta mendapatkan syurga yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa.
Semoga bermanfaat....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.