Edisi Sabtu, 30 Oktober 2021 M / 23 Rabi'ul Awwal 1443 H.
Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid adalah pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadza, Johor, Malaysia.
Beliau dilahirkan pada hari Jum'at, 12 April 1974, selepas sholat Jum'at di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau berasal dari keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bunda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru salah satunya dengan Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa).
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama. Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.
Berikut ini beberapa kata hikmah Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu bakar Al-Hamid :
1. Ganjaran di akherat
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
(Al-Israa’17:19)
“Dan barangsiapa yang mahukan kepada akhirat, dalam keadaan dia beriman…
Beramal untuk mendapatkan akhirat, maka Allah akan memberikan kepadanya ganjaran yang besar…”
Yaasalam, Allah tak bagitahu akan bagi 2 kali ganda “Aku” bagi ganjaran yang besar…
Jangan kita guna matematik nak menghitung berapa besar ganjaran yang Allah akan berikan…
Sebab tidak akan mampu matematik manusia untuk menghitung matematiknya Allah Subhanahu Wata’ala…
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
2. Jadilah orang bijak
Jadilah kita orang bijak dengan tawaran dari Allah, Saleh dari Allah Subhanahu Wata’ala…
Hanya kita perlu, manfaatkan ini umur, yang singkat tadi, yang sikit tadi…
Jangan tertipu dengan keduniaan dan jangan tertipu dengan kejayaan orang lain dalam hal keduniaan,
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
3. Berjaya di akherat
Ini orang yang jayanya keduniaan, matlamatnya keduniaan, kita tak tahu nasibnya di akhirat macam mana…
Jangan terpedaya dengan kejayaan orang dalam hal keduniaan…
sebelum kita pastikan kedudukannya di akhirat…
Jadilah kita orang yang berjaya di akhirat…
Itu Hakikat Kejayaan Sebenar…
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
4. Menahan Marah
“Barangsiapa menahan marah belum pasti memaafkan, maka contohilah sifat ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dalam memaafkan kesalahan-kesalahan hamba-NYA. Orang yang beriman hendaklah melawan nafsu iaitu dengan berbuat Ehsan kepada mereka yang menguji kemarahan kita…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
5. Ujian Keimanan
“Iman bukan hanya di bibir saja, praktikal dalam hidup…Anda akan benar-benar berIman bilamana Iman anda diuji, bilamana diuji dengan kemiskinan, bilamana diuji dengan kekayaan, bilamana diuji dengan jawatan, bilamana diuji dengan keluarga yang cari pasal, bilamana diuji dengan kawan yang cari salah, bilamana diuji dengan pelbagai macam dugaan, bilamana diuji dengan musim kemarau yang panjang, bilamana diuji dengan tumbuh-tumbuhannya yang tidak tumbuh, bilamana diuji dengan kekurangan air, disini dugaan yang anda akan berhadapan dengan dugaan Allah Subhanahu’ Wa Ta’ala untuk menguji sejauh mana kesucian, kebersihan, kesempurnaan Iman anda kepada Allah…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
6. Mencari Ilmu
“Adalah penting mencari Ilmu dengan orang yang layak, Orang yang layak mestilah orang yang ber”SANAD”…bersifat Wara’, berTaqwa pada ALLAH dan yang luas Ilmunya, ketahuilah, Ilmu itu mahal…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
7. Menghargai masa
“Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam adalah seorang yang sangat menghargai masa. Baginda Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam tidak banyak berbicara hatta kepada hal mubah kecuali di sebalik perbicaraan itu mendatangkan manfaat kepada orang lain…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
8. Keselamatan
“Salam adalah salah satu nama-NYA iaitu As-Salam yang membawa erti keselamatan. Orang yang memberi salam hakikatnya memberi jaminan keselamatan kepada orang diberi salam serta sebaliknya daripada bahaya yang bakal menimpa…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
9. Kelembutan
“Tidak digunakan kelembutan ke atas kekerasan kecuali kelembutan yang mengatasi…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
10. Tidak dendam
“Rasullullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam tidak pernah berdendam (menuntut balas) & membalas kepada sesiapa jika haknya dinodai kecuali hak-hak ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dilanggari…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
11. Berbaik sangka kepada Allah
“Berbaik sangka kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA & hamba-NYA. ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA itu baik & suka akan kepada kebaikan hatta secara zahirnya manusia tidak suka akannya. Selagi mempunyai peluang, usahakanlah berprasangka baik…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
12. Keadaan manusia
“Manusia ini senantiasa diantara ada 2 keadaan, yang satu mengejar, yang satu dikejar, yang mengejar dunia dan yang dikejar ajal…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
13. Penghulu para Nabi
“Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam adalah penghulu segala para Anbiya & anak Adam, orang yang pertama kuburnya terbelah apabila dibangkitkan kelak, orang yang pertama diberi syafaat serta memberi syafaat. Baginda Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam mengdahului dari segi Ikhlas, Kemuliaan, Akhlak, Adab, Adil, Kasih Sayang dan sebagainya…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
14. Memakmurkan masjid
“Mereka yang memakmurkan rumah ALLAH (Masjid) ketika di dunianya maka ALLAH pasti akan memakmurkan rumahnya kelak di alam barzakh, ketika di Timbangan Mizan & di Syurga”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
15. Menghindari cinta dunia
“Didalam untuk menghindarikan diri kita kepada mencintai kepada dunia melebihi daripada akhirat, adalah tandanya bilamana mempergunakan dunia itu untuk akhirat. Dan bilamana seseorang itu diuji oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan perkara-perkara keduniaan, iaini dia hidup dalam keadaan susah, dalam keadaan miskin, dalam keadaan dia tidak mempunyai harta dan sebagainya, maka hendaklah dia itu melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
16. Tipu daya syaitan
“Tipu daya syaitan itu lemah, syaitan bila mana mahu mengahasut, dia tidak menggunakan pistol, bisik-bisik saja…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
17. Mujahadah
“Mujahadah terhadap nafsu & cinta dunia akan mengembalikan Roh kepada Penciptanya (ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA).
Dengan membaca Al-Quran walaupun tidak memahami bahasa Arab akan mengarahkan Roh seseorang kepadaNya.
Jangan kita terlalu menumpukan perhatian dengan hal dunia semata-mata hatta dalam mencari rezeki yang halal, kerana Roh juga perlu dijaga.
Kedekatan seseorang dengan ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA kelak bergantung kepada kenalnya Roh itu akan Penciptanya (ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA) ketika di dunia…”
| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |
Semoga bermanfaat....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.