Minggu, 31 Oktober 2021

17 KATA-KATA HIKMAH AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID (BAGIAN 2)

Edisi Ahad, 31 Oktober 2021 M / 24 Rabi'ul Awwal 1443 H.

Seperti yang kita ketahui, banyak ulama asal indonesia yang terkenal di Luar Negeri. Ketenaran beliau dapat dilihat dari banyaknya santri, masyarakat yang berguru kepadanya, atau dengan karya-karyanya. Salah satunya al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid Malaysia. Siapa sangka, beliau asalnya dari Indonesia, tepatnya dari Kabupaten Bondowoso, Jawa Timur.

Habib Ali, dikenal memiliki semangat dakwah yang tinggi. Hal tersebut terinspirasi dari guru-guru beliau terutama dari Habib Umar bin hafidz. Tidak jarang, tiap kali maha guru beliau hadir ke Indonesia ataupun ke Malaysia, Habib Ali senantiasa mendampingi dan menjadi penerjemah.

Pada tahun 2004, Habib Abdul Qadir al-Jufri, Pendiri Darul Murtadza, pindah keKota Tinggi, Johor Malaysia. Kemudian, beliau meminta Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid, untuk memimpin dan menjadi pengasuh pesantren tersebut.

Dan kini, pesantren dibawah asuhannya tersebut berkembang dengan sangat pesat, selain menjadi kajian dakwah rutinan, lembaga tersebut merupakan Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Kini, Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid menjadi tokoh kharismatik, di Negeri Jiran dan memimpin Pesantren Darul Murtadza, Johor Malaysia. 

Berikut ini beberapa kata hikmah Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu bakar Al-Hamid :

1. Keadaan Iman seseorang 

“Jika mahu lihat bagaimana keadaan IMAN seseorang, Lihatlah bagaimana keadaan dia apabila menerima teguran…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

2. Ilmu yang didengar 

“Ilmu yang didengari itu jika diamal, maka ianya akan bercambah…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

3. Fadhilah Majelis 

“Antara fadhilat menuju Majlis Baik adalah satu langkah akan mengugurkan dosa, mengangkat satu darjat dan diganjari satu pahala…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

4. Anugerah Allah 

“Sesungguhnya bagi ALLAH itu setiap hari ada HADIAH, ada ANUGERAH, ALLAH setiap hari mempunyai pemberian untuk diberikan di tempat-tempat tertentu. Kita sebagai manusia, mesti mencari tempat itu. Carilah HADIAH itu di kawasan yang ALLAH beri HADIAH itu. ALLAH mampu untuk memberikan TANPA SEBAB, tetapi ALLAH mahukan ada USAHA kerana manusia dicipta ALLAH bukan untuk dapat pemberian TANPA USAHA.

Agama Islam tidak suka manusia yang MALAS BEKERJA, yang DUDUK DIAM dapat sesuatu tanpa bergerak. Tiada tempat yang dicurahkan RAHMAT ALLAH atau pemberian yang diberi ALLAH yang lebih banyak melainkan diturunkan di RUMAH ALLAH [MASJID]…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

5. Jangan segan meminta kepada Allah 

“Jangan segan-segan ketika meminta kepada ALLAH,

Jangan minta yang kecil, tetapi mintalah yang terbesar sekali…

Jangan dilihat kelayakan kita untuk menerima, sebaliknya lihatlah pada kelayakan ALLAH Yang Maha Memberi.

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

6. Risalah Rasullullah 

“Walaupun kita terpisah dengan Rasulullah selama 1400 tahun, Baginda tinggalkan kita risalah untuk kita pegang hingga sekarang. Jika ingin bersama Rasulullah, mesti bersama dengan risalah Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

7. Meninggalkan maksiat 

“Meninggalkan maksiat itu lebih mulia daripada melakukan ketaatan yakni selain daripada perkara yang wajib…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

8. Hati Adalah Raja Di Dalam Tubuh Manusia 

“Kerasnya Hati seseorang itu tanda jauhnya seseorang itu dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Bila Hati menjadi keras tidak lagi melihat Mungkar sebagai Mungkar Ma’aruf sebagai Ma’aruf.”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

9. Sesungguhnya Para Ulama’ Adalah Pewaris Nabi 

“Para Nabi tidak mewariskan harta walaupun satu dirham. Sesungguhnya mereka Mewariskan ILMU kepada Sesiapa yang menuntut ILMU. Dia memperolehi bahagian yang Sempurna”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

10. Iman Yang Teguh 

“Iman bila mana masuk didalam Hati dan Sanubari Seseorang, maka orang itu tidak akan menjual Agamanya demi Kemewahan Dunia”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

11. Amalan Mengikut Adab-Adab 

“Jika mahu mengamalkan sesuatu sunnah, amal sikit-sikit dahulu, takut hari ini buat

semua, esok demam, lusa tak buat dah.”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

12. Menginfakkan Hartamu Hanya Kerana Allah 

“Apa yang disedekahkan akan KEKAL, Apa yang disimpan untuk diri sendiri akan HABIS…”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

13. Cahaya Maulidur Rasul 

“Objektif Sambutan Maulidur Rasul Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam diadakan adalah bagi meraih/zahirkan Kegembiraan kita kerana Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam diutuskan kepada kita serta kerana Baginda Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam, kita perolihi Taufiq HidayahNya”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

14. Adab Mempelajari Ilmu Agama 

“Belajar ILMU (AGAMA) itu perlu BERGURU, bukan sekadar membaca kitab sendirian & melayari internet. Hakikat ILMU itu diperolehi dengan beradab kepada ILMU & GURU yang mengajarinya.”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

15. Ibadah Yang Ikhlas 

“Tidak semua Ibadah yang sah itu diterima,

tetapi Ibadah yang diterima pasti Ibadah yang sah…”

“Orang yang BerIman akan lebih risau Ibadahnya itu diterima oleh Allah atau tidak,

bukan kerana kuantitinya tetapi kualitinya.”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

16. Ilmu Yang Bermanfaat 

“ILMU adalah satu-satunya warisan tanpa sempadan

yang tidak diwariskan kepada sesiapa kecuali

kepada mereka yang mengkehendakinya.”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

17. Doktor Hati Yang Sebenarnya 

“Doktor yang dapat mengubati HATI,

bukan ada di hospital, bukan ada di klinik,

tetapi ada pada Baginda Rasullullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam,

Doktor HATI yang paling terbaik,

adalah Rasullulah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam,

Doktor yang dapat mengubati HATI yang

dipenuhi dengan benci untuk menjadi cinta.

Doktor yang dapat mengubati HATI yang

dipenuhi dengan syirik untuk menjadi MUKMIN,

yaitu Sayyiduna Rasullullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam.”

| Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid |

Semoga bermanfaat.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.